Sunday, September 30, 2007

Ke Arah Mendapatkan Anugerah Pengakap Raja Lencana-lencana Kemajuan Pengakap Muda
1. Lencana Keahlian
2. Lencana Usaha
3. 2 Lencana Kegemaran
4. Lencana Maju
5. 3 Lencana Pengetahuan
6. 3 Lencana Perkhidmatan
7. Lencana Jaya *Nota* Lencana Ahli Berkhemah bagi Lencana Pengetahuan dan Lencana Ahli Pertolongan Cemas wajib didapatkan.
Setelah mendapat Lencana Jaya seseorang Pengakap Muda akan dianugerahkan Rambu Pengakap Muda setelah memenuhi syarat-syarat tertentu.
Lencana-lencana Tertinggi Pengakap Remaja
1. Lencana Jayadiri
2. Lencana Kemahiran
3. Lencana Kegiatan
4. Lencana Ekspidisi
5. Lencana Perkhidmatan
Setelah mendapat 5 lencana Pengakap Remaja, seseorang Pengakap Remaja akan dianugerahkan Rambu Pengakap Remaja setelah memenuhi syarat-syarat tertentu.
Ke Arah Mendapatkan Anugerah Pengakap Raja Setelah dianugerahkan Rambu Pengakap Muda dan Rambu Pengakap Remaja, seseorang Pengakap akan menduduki Ujian Sikap Pengakap Raja yang akan berlangsung selama 5 hari dan 4 malam. Ketika Ujian Sikap Pengakap Raja, sesesorang Pengakap akan dinilai sikap dan teladannya di mana seseorang Pengakap itu akan berkhemah, membuat khidmat masyarakat dan membuat ekspedisi. Setelah lulus Ujian Sikap Pengakap Raja, seseorang Pengakap akan melalui peringkat terakhir iaitu Pentarafan Pengakap Raja. Semasa Pentarafan Pengakap Diraja, seseorang Pengakap akan diuji semua aspek berpangakap. Seseorang calon perlu membina satu tapak perkhemahan secara berseorangan serta diuji dalam bidang masakan rimba, pemetaan, simpulan & ikatan, projek perintis, kawat dan pertolongan cemas.

Ujian Sikap Pengakap Raja
Demi layak untuk mengambil Ujian Sikap Pengakap Raja, seseorang Pengakap mestilah mendapatkan Anugerah Rambu Pengakap Remaja.

Ujian Sikap Pengakap Raja terdiri daripada 5 bahagian utama iaitu : -
A. Tanggungjawab
B. Khidmat Masyarakat
C. Berdikari & Perkhemahan Pengembaraan
D. Kegiatan
E. Ekspedisi Ujian Sikap Pengakap Raja merupakan suatu perkhemahan pengembaraan yang dijalankan di peringkat daerah yang berlangsung selama 5 hari dan 4 malam.
Dalam masa itu, seseorang calon akan : -
1. mengembara kira-kira 80 km
2. menjalankan khidmat masyarakat sekurang-kurangnya 24 jam
3. melawati tempat-tempat bersejarah
4. diuji sikapnya sepanjang perkhemahan pengembaraan
5. melakukan pelbagai aktiviti berpengakap

Pentarafan Pengakap Raja
Seseorang Pengakap perlulah terlebih dahulu menghadiri Ujian Sikap Pengakap Raja sebelum layak menghadiri Pentarafan Pengakap Raja. Pentarafan Pengakap Raja merupakan suatu perkhemahan yang dijalankan di peringkat negeri yang berlangsung selama 3 hari dan 2 malam.

Dalam tempoh itu, seseorang calon akan diuji dalam : -
1. Kawat
2. Simpulan & Ikatan
3. Pertolongan Cemas
4. Pemetaan
5. Masakan Rimba
6. Projek Perintis Seseorang calon diwajibkan membina sebuah tapak perkhemahan kembara dan akan ditemuduga oleh Ketua Pentaraf.
Seseorang calon juga dikehendaki : -
1. menyediakan jadual semua simpulan & ikatan yang telah dipelajari
2. membuat peti pertolongan cemas
3. model projek perintis sebelum perkhemahan dijalankan Secara ringkasnya, semua ilmu berpengakap telah dipelajari sebelum ini akan diuji semasa Pentarafan Pengakap Raja.